WATCH MUSIC VIDEO ONLINE NOW »

Wednesday, May 27, 2009

Petua Awet Muda Untuk Wajah


Petua ini mungkin telah diingatkan kepada kita berulang-ulang kali oleh ibu atau nenek kita, namun tidak ramai yang menjadikannya satu amalan.

Meminum air suam setiap pagi selepas bangun daripada tidur merupakan amalan pengekalan kejelitaan yang paling mudah, tetapi paling mujarab. Di bawah adalah 'penambahan' kepada amalan meminum air suam yang mesti kita amalkan setiap pagi untuk kelihatan awet muda sepanjang usia kita. Bagi saya, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya.

Letakkan jari telunjuk kedua-dua belah tangan di atas dagu. Kemudian pusing-pusingkan jari anda ke pipi, bawa ke hidung dan seterusnya ke bahagian dahi. Urutan ini perlu disusuli dengan meminum air suam selepasnya. Bagi umat Islam, berselawatlah 3 kali sebelum mengambil minuman ini. Perlu diingatkan untuk meminum air suam ini sebelum mengambil apa-apa sarapan.

Amalan ini telah terbukti berkesan kerana semua 'wanita cantik' ramai yang telah mengamalkannya.

Bagiputeri, biarlah usia kita tua, namun wajah kita tidak perlu menunjukkannya..

Saturday, May 16, 2009

15 Sebab Turunnya Bala

Mengapa Manusia Ditimpa Bencana?

Dalam sebuah hadis diriwayatkan oleh At-Tarmizi daripada Ali bin Abu Talib, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Apabila umatku melakukan 15 perkara berikut, maka layaklah mereka ditimpa bencana iaitu:

1. Apabila harta yang dirampas (daripada peperangan) diagih-agihkan kepada orang-orang yang tertentu sahaja.
2. Apabila zakat dikeluarkan kerana penebus kesalahan (terpaksa).
3. Apabila sesuatu yang diamanahkan menjadi milik sendiri.
4. Apabila suami terlalu mentaati isteri.
5. Apabila anak-anak menderhakai ibu bapa masing-masing.
6. Apabila seseorang lebih memuliakan teman daripada ibu bapa sendiri.
7. Apabila kedengaran banyak bunyi bising.
8. Apabila lebih ramai berbicara mengenai hak keduniaan di dalam masjid.
9. Apabila sesuatu kaum itu terdiri daripada orang yang dihina oleh mereka.
10. Apabila memuliakan seseorang kerana takutkan tindakan buruknya.
11. Apabila arak menjadi minuman biasa.
12. Apabila lelaki memakai sutera.
13. Apabila perempuan dijemput menghiburkan lelaki.
14. Apabila wanita memainkan alat-alat muzik.
15. Apabila orang yang terkemudian menghina orang terdahulu, maka pada saat itu tunggulah bala yang akan menimpa dalam bentuk angin merah (puting beliung) atau gerak gempa yang maha dahsyat atau tanaman yang tidak menjadi.

Seandainya kita sama-sama merenungi hadis di atas, tidak dapat tidak kita akan menerima hakikat bahawa bencana yang menimpa sesuatu kaum itu adalah berpunca daripada perbuatan mereka sendiri. Oleh itu, kembali kepada yang dituntut oleh Islam, semoga kehidupan kita akan dirahmati keamanan dari dunia hingga ke akhirat.

Perbanyakkanlah Istighfar..Astagfirullahalazim

Menghilang Jerawat Batu

Ambil telur putih sahaja, masukkan telur putih ke dalam bekas kecil.
Ambil sedikit cebisan kapas kecil, sapukan telur itu di kapas.

Dan letakkan di jerawat itu, sebolehnya lakukan cara itu sebelum tidur.
Hasilnya, jerawat tadi akan melekat di kapas itu…

InsyaALLAH Berjaya..





Saturday, May 9, 2009

Hilangkan Bintik Hitam Pada Muka

Dapatkan 10 helai daun pegaga, cuci dengan air garam dan kemudian ditumbuk halus.

Campurkan dengan bedak sejuk yang telah dicampurkan dengan air suam. Amalkan memakainya pada muka setiap malam dan cuci pada keesokan hari. Lakukan sehingga bintik-bintik hitam hilang.

Moga-moga macho..

Mengurangkan Rambut Gugur

Caranya adalah dapatkan daun lidah buaya, ambil lendirnya sahaja. Kemudian campurkan lendir daun lidah buaya ini bersama dengan bunga raya putih dan juga daun bunga tersebut.

Ketiga-tiga bahan ini dimasukkan ke dalam blender dan blend menggunakan sedikit air (sedikit sahaja). Setelah itu sapukan ramuan yang telah siap tadi ke akar rambut anda. Pastikan ia kena pada seluruh kulit kepala.

Biarkan selama lebih kurang 30 minit, kemudian mandi dan bilaslah rambut anda seperti biasa.

Jom cuba nak tak..