WATCH MUSIC VIDEO ONLINE NOW »

Sunday, April 26, 2009

Merawat Senggugut

Petua 1 : Senggugut memang menyakitkan. Untuk mengatasinya, ambil sembilan biji pinang tua, dibakar hingga menjadi arang lalu ditumbuk halus. Campurkan secawan air suam dan minum sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.

Petua 2 : Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. Masukkan halia ke dalam segelas air suam, apabila halia mendap barulah diminum air tadi didahulukan dengan selawat. Hasilnya senggugut akan hilang.

Petua 3 : Ubati senggugut dengan minuman air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.

Petua 4 : Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam. Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid . Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun.

Petua 5 : Semasa sakit ketika haid, hendaklah sentiasa meminum air teh pahit tanpa gula.

Setiap penyakit ada ubatnya..Jadi Selamat Mencuba, Puteri sihat-sihat aja..

2 comments:

joegrimjow said...

merawat malas xdew?

BUJANG SUSAH said...

Salam ayu... ada petua x mcmana nak ngorat awk... hehehhe.. ni serius ni...